Followers

Thursday, August 12, 2010

Celeb Da Good Month....



"Ramadhan is coming....walaupun b'jauhan dengan family t'chenta, namun aku masih gagah m'harungi ramadhan ini dengan penuh feel. belum lagi b'buka makan yang enak-enak....seperti pelarian bosnia ibarat aku ini. setiap hari meratapi nasib anakmu di perantaun ini. oh emak! katakanlah dikau hendak anakmu ini pulang segera. menunggu kepulangan anakmu ini sejak sekian lama. ohhhh~"

dan demikianlah pemikiran aku yang tak sabar-sabar nak balik kampung. dah lama kot aku tak balik. memandangkan tak lama lagi ade banyak cuti-cuti (macam nak bagi aku balik awal jew)......
aku buat keputusan nak balik tanggal 26th iaitu bersamaan hari khamis malam jumaat. walaupun mendapat tentangan daripada lecturer-lecturer yang berkeras nak aku balik 3rd sept, namun hati ini tekad dan teguh hendak meneruskan rancangan yang dah terlalu lama dirancang dengan rapi (aku start plan dari start bukak sem lagi...hehehehe). maafkan saya wahai para lecturer kesayanganku, pelajarmu ini terpaksa membantah keputusanmu itu walaupun tak direstui.

dalam kepala otak aku dapat membayangkan makanan yang sedap-sedap sekarang ini (kalau fikir makanan boleh batal puasa kew?)......bazaar-bazaar yang amat berbeza dengan bazaar permatang pauh ini yang selalunya nasi kaler pelik-pelik. betul kata orang, bazaar yang terbaik tetap di kampung sendiri...dan disebabkan perkara ini, aku terpaksa membungkus nasi di kedai cahaya yang lebih dikenali sebagai 'mamak cahaya'. walaupun lauk-lauk selalunya constant, tetapi nasi beliau tetap putih. 

oh emak~ kirimkanlah anakmu ini belanjawan lebih untuk berbuka seperti orang lain, hidangan yang enak-enak. (kalau boleh mc'D and Kenny's pun jadi la....) agar anakmu ini membesar dengan sihat seperti yang dikau harap-harapkan. amin~

No comments:

Post a Comment